Mengikut seorang ahli yg mandikan jenazah, golongan Asnaf dan Umat Islam yg miskin di Pulau Banggi, Sabah menghadapi masalah untuk membiayai Pengurusan Jenazah ahli keluarga mereka. PKPIN terpanggil utk membantu golongan ini, insyAllah para Muslimin dan Muslimat dipelawa utk membantu mereka. Wakil kami akan berada d sana utk mengurus penyerahan Kit Pengurusan Jenazah d sana.

Jom marilah kita memulakan usaha sedekah tersebut. Sila kirim resit sumbangan anda dgn Ref / Rujukan : Infaq4Banggi atau Banggi kp Bendahari kami pada talian 0166071969.

Semoga usaha kita dirahmati Allah SWT.

#Setpengurusanjenazah, #pulaubanggi, #PKPIN

PKPIN telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas pada 19 Sept 2026 di PJP Cafe, Dengkil.

Mesyuarat ini diadakan susulan Bendahari kita Sdr Azlan Loganantha telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Ogos 2026. Semoga roh arwah dirahmati Allah SWT.

Susulan mesyuarat tersebut, Pn Raja Noor Aliza bt Raja Alias telah terpilih sebagai Bendahari.

Allahyarham Azlan Loganantha bin Abdullah adalah bendahari PKPIN, beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Ogos 2026, bersama-samalah kita menghadiahkan Al Fatihah buat arwah semoga beliau sentiasa dirahmati Allah SWT.

Pengerusi mengenali Allahyarham En Azlan Loganantha sebagai seorang yang rajin dan banyak membantu di dalam urusan Persatuan dan dengan kematian beliau, kita akan mengalami satu kerugian.

KORBAN AIDILADHA 2026

Alhamdulillah , PKPIN telah memulakan lawatan Ukuwwah bersama Rahimah Dakwah Center Dan Masjid IORM di Cavite, Filipina .

Rombongan ini bermula dari 29 April ke 2 Mei. Semoga rombongan ini sentiasa dirahmati Allah SWT dalam usaha PKPIN menjlnkan kerja Kebajikan Dan dakwah


PKPIN akan bekerjasama dengan RAHIMA DAKWAH CENTER dalam Deep Well Project.

Ianya akan membantu Jemaah Masjid mendapatkan bekalan air yg berterusan dlm melaksanakan Ibadah mereka.

Sedekah Jariah kita akan mengalir di Dunia & akhirat.

Ust Sabar Abdul Jalil sedang berucap di dlm Barangay Dakwah Simposium. Kehadiran 30 wanita, penduduk bukan Muslim sekitar novelita province. Sedang berlangsung. Semoga mereka mendapatkan Hidayat. Amin..

Klik link tersebut untuk menonton video tersebut:


IBADAH KORBAN/AQIQAH – Aidiladha 2026

#PKPIN, #MesyAgung

PKPIN akan bergerak melalui kegiatan kebajikan dan pendidikan yang amat dituntut oleh Islam. 

OBJEKTIF PKPIN

Memberi kefahaman kepada  semua  tentang peri pentingnya mempelajari ilmu  pengetahuan Islam di dunia dan akhirat. 

Membentuk personaliti berjiwa pemimpin dan da’ie yang berakhlak Islamiyah, aktif, dinamik, berdaya saing dan mampu menggalas amanah sebagai pembangun generasi Islam yang unggul.

Membantu dan menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan buat orang Islam di Malaysia dan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan di Nusantara. 

    

โ€œPenubuhan PKPIN diilhamkan oleh sahabat-sahabat yang begitu perihatin dengan seruan Illahi yang menuntut umatnya menjalankan kerja amal  dalam apa bentuk walau sekecil mana pun dengan menginfaqkan harta yang dikurniakan kepadanya sebagai ubudiah kepadaNYa.โ€

Datoโ€™ Mohamad Yussoff Bin Akope

Pengerusi PKPIN

Daftar Sekarang

Alhamdulillah, pihak Pendafar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan permohonan Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Nusantara pada 14 Nov 2025. Dengan ini pihak kami akan memulakan pendaftaran keahlian bagi persediaan untuk mengadakan Mesyuarat Agung PKPIN yang pertama sebelum bulan Mac 2026.

Keahlian adalah dipelawa kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam berumur 20 tahun ke atas.

Ada 2 keahlian yang ditawarkan, iaitu Ahli Biasa dan Ahli Seumor Hidup.

Yuran Pendaftaran : RM10

Ahli Biasa : RM50 setahun

Ahli Seumur Hidup : RM100

Borang keahlian boleh dicapai di bawah.


Borang Keahlian