


Madrasah Tahfiz Nurul Hidayah, Pursat, KembojaPersatuan Kebajikan & Pendidikan Islam Nusantara ( PKPIN ) telah menjalin kerjasama erat dengan Persatuan Persaudaraan Islam Kemboja ( PPIK) sekian lama. Usaha dan kerjasama ini alhamdulillah telah membolehkan kami membeli tanah seluas 3 ekar di Pursat , Kemboja.
Fasa pertama pambangunan Madrasah Tahfiz Nurul Hidayah adalah pembinaan Asrama dan kini ianya masih dalam pembinaan dgn menyiapkan tandas dan pendawaian termasuk menyiapkan kerja asrama tersebut
Sumbangan anda amat diperlukan untuk menyiapkan Fasa 1 MTNH. Semoga ianya menjadi sumbangan jariah anda.
PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM NUSANTARA
BANK ISLAM 16018010042329
Reference : Infaq4MTNH
“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya.
Kecuali tiga perkara:
shadaqah jariyah,
ilmu yang bermanfaat dan
anak sholih yang mendoakan”
IORM MOSQUE & RAHIMA DAWAH CENTER


Alhamdulillah usaha Tuan / Puan membantu pihak PKPIN untuk membolehkan IORM Mosque di Noveleta, Cavite, Manila mendapatkan sumber air telah berjaya dilaksanakan.
Semoga dengan usaha ini kita dapat membantu jemaah di IORM Mosque dan Rahima Dakwah Center mendapatkan bekalan air yang berterusan.
